Ahad, 27 Mei 2012

Zikir dan kelebihannya

Assalamualaikum.. pembaca semua
Hari ini saya tertarik dengan satu buku karangan Dr. Aidh Abdullah Al-qarni bertajuk : Jangan melampaui batas.
dalam bab Penawar Hati yang Sakit dalam sub tajuk (c) Penawar Penyakit Hati.
Dalam bab ini Dr. Aidh telah memberikan tips yang berupa zikir.
Fieman Allah dalam surah al ahzab : 35 tafsirannya:
" Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang  tetap dalam ketaatannya,  lelaki dan perempuan yang benar,   lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk,  lelaki dan perempuan yang bersedekah,  lelaki dan perempuan yang berpuasa,  lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,  lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar"

bilakah orang muslim itu dikatakan banyak mengingati Allah?
Ibn Ash-Salah menjawab, dan jawapannya ini dinukil oleh An-Nawawi di dalam kitabnya, Al-Adzkar, dia berkata: "Orang yang mengingati Allah dengan zikir syarie pada pagi dan petang hari,setelah solat, pada waktu makan, setelah selesai makan, pada waktu tidur, setelah bangun tidur, pada waktu masuk ke masjid, ketika keluar dari masjid dan ketika berpergian dan zikirnya ditetapkan oleh Rasulullah, maka dialah termasuk orang yang banyak mengingati Allah"

zikir yang disyariatkan
salah satu zikir yangditetapkan dan Rasulullah s.a.w adalahzikir yang selalu diulang-ulang oleh orang yang beristighfar, di mana dia berdoa :

اَللَّهُمَّ اَنتَ رِبِّي لَااِلَهَ اِلَّا اَنتَ خَلَقْتَنِي وَاَنَا عَبْدُكَ وَاَنَا عَلَي عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااْستَطَعْتُ اَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ اَبُؤُلَكَ بنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُؤُ بذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَاِنَّهُ لَ يَغْفِرُالذُّنُوبَ اِلَّا اَنْتَ
terdapat beberapa lagi zikir yang dutulis di dalam buku ini, sehingga apabila diamati betul-betul sebenarnya ia adalah sama seperi zikir yang terdapat di dalam Al-Ma'tsurat yang kita baca sehari-hari. daripada zikir yang diatas ini seninggalah zikir berbunyi :

اَسْتَغْفِرُالَلهَ اَلَّذِي لَااِلَهَ اِلَّا هُوَ اْلحَيُّ القَيوُّمُ وَاِلَيْهِ اَنِيبُ

dan di dalam buku ini juga menerangkan bahawa zikir yang terdapat di dalam Al-Quran yang boleh diamalkan pagi dan petang antaranya ialah:
 surah Al-Baqarah lima ayat awal bermula
2:1
2:2

2:3
2:4

2:5
selain dari itu, ayatul kursi ayat 255 surah al-Baqarah juga merupakan zikir
2:255
dan juga dua ayat terakhir surah al-Baqarah iaitu:

2:285
kelebihan berzikir
1. menurut buku ini barangsiapa yang berzikirakan mendapat keredhaan Allah yang maha pengasih dan dijauhkan nya daripada syaitan. tak ada yang dapat mengusir syaitan, menghilangkan kekuatannya keciali dengan zikir kepada Allah
Ibnu Abbas berkata " Syaitan itu bagai ular berbisa yang bersemayam di dalam hati. Apabila seorang hamba mengingati tuhannya yang maha suci dan maha Tinggi dia jinak dan diam apabila dia lalai mengingati Allah, maka ular itu akan terus mengganggunya.
2. menumbuhkan kebaikan dan mengangkat darjat seseorang hamba. tidak ada yang lebih beratdalam timbangan pada hari kiamat melainkan zikir kepada Allah. Abu Al-Darda berkata" barangsiapa yang selalu mengingati Allah, maka dia akan mesuk ke syurga dengan tertawa"
3. melapangkan dada dan meluaskan kubur. Sesungguhnya kubur orang-orang berzikir itu luas dan lebar. Dada mereka itu lapang dan baik, raut muka mereka indah dan terdapat lingkaran cahaya yang terang disebabkan mereka selalu mengingati Allah.
4. pekerjaan yang paling mudah dan kebiasaan yang paling  mulia. betapa mudahnya berzikir dan engkau sedang berada diatas tilammu? dengan berzikir kemungkinan engfkau dapat menggungguli orang yang berpuasa, yang bersedekah, yang solat bersungguh-sungguh dalam beberapa perbuatan kerana engkau mengingati Allah dengan khusyuk. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan