Sabtu, 21 Julai 2012

Ramuan Merbahaya Dalam Mi Segera

Ramuan Merbahaya Dalam Mi Segera
jul 22th 2012, 11:56 am
Posted by admin
3271 Views

Adakah mi segera makanan sebenar atau
makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah
ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya
bersama dengan mi segera anda.


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.



Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.


Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.


Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.


Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh
memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang
sihat dan menghalang pengeluaran sperma


Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering
digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan
dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan
rawatan air.


Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi.
Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair
yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan
yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk
menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan
panas.


Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin
turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan
saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Selasa, 10 Julai 2012


PERBEZAAN ARAK DAN ALKOHOL

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan. Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

1.     Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.

2.     Bahawa kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.     Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

2.     Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

3.     Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

4.     Tapai halal dimakan.

5.     Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

6.     Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.



Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1.     Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2.     Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3.     Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4.     Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5.     Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6.     Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7.     Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


sumber:e-fatwa.gov.my