PERBEZAAN ARAK DAN ALKOHOL
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang
pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan.
Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk
tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
1. Alkohol
itu bukan dihasilkan dari proses
pembuatan arak.
2. Bahawa
kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11
- 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
1. Setiap
minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol
yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi
haram diminum.
2. Minuman
ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi
sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
3. Minuman
ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama
caranya dengan proses arak adalah halal.
4. Tapai
halal dimakan.
5. Alkohol
yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh
dimakan.
6. Ubat-ubatan
dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Berdasarkan taklimat,
pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut
Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira
keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada
14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1. Setiap minuman
arak adalah
mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang
diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2. Manakala
alkohol yang diperolehi bukan
melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh)
diminum dalam
bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan
tujuan untuk menghasilkan arak dan
mempunyai alkohol di bawah
aras 1%v/v
adalah harus (boleh)
diminum.
4. Manakala
minuman ringan yang dibuat dengan niat dan
cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau
sedikit alkohol
atau alkoholnya
disuling
adalah haram diminum.
5. Makanan atau
minuman yang
mengandungi alkohol
secara semulajadi seperti
buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan
semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus
(boleh ) dimakan/diminum.
6. Makanan atau
minuman yang
mengandungi bahan
perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan
dari proses pembuatan arak
dan kuantiti alkohol
dalam produk akhir
itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi
0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai
bahan pelarut
adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses
pembuatan arak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan